Sabtu, 13 Ogos 2011


Harga EMAS Di bulan Ramadhan 2011


Assalammualaikum kepada para pembaca..selamat menjalankan ibadah puasa…alhamdulillah dah sehari kita berpuasa dan sekarang hari ke 14  kita masih berpeluang berpuasa dan melakukan ibadah lain yang dilipatgandakan pahalanya
tahukah anda sekarang ini dunia emas telah memasuki fasa baru?fasa apa? pernah tak lihat gambar nie?

sumber:
Kita study graf sikit..
kalau diikutkan pada graft diatas dulunya kita berada di titik sebelum media attention….tapi saudagar rasa sekarang nie dah memasuki Enthusiasm sebab dah macam-2 jenis teknik dan cara orang manipulate emas…ada yg sanggup beli emas sampai 2kg semata-2 nak main emas gila-gila..tapi siapa nak larang?duit sendiri…dan tak lupa juga dah banyak syarikat-2 kecil-2 yg menjual emas buatan sendiri…kedai-2 emas pun dah keluarkan gold bar…bukan kedai emas besar..tapi kedai-2 emas kecil…jadi inilah buktinya permintaan terhadap emas sebagai pelaburan dah meningkat
ok jadi sekali lagi saudagar nak kongsi berita atau laporan pasal emas…saudagar petik dari berita harian, tarikh hari nie…

Prestasi harga emas diunjur terus melonjak
Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02

Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun
PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu
Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.
“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.
Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.
Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.
Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.
Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.
Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.
“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.
“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.
Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain

komen SAUDAGAR :- betul ke harga emas dah melepasi USD1630/oz?…betul..tak caya lihat graft dibawah
 
dah hampir usd1632/oz…ini sudah memuncak…dan diramalkan boleh cecah usd1650/oz pada akhir tahun nie…dan spekulasi mengatakan usd1700/oz tak ada halnya….
ok mari kita lihat satu lagi berita yg menarik
Bank of Korea buys gold, first time since ’97-’98 crisis
* Gold steady after Bank of Korea purchase
* Bank of Korea says it bought gold in June-July
* It declined to say if it plans to buy more gold
By Yoo Choonsik and Kim Yeonhee
SEOUL, Aug 2 (Reuters) – South Korea’s central bank bought 25 tonnes of gold over the past two months in its first purchase in more than a decade, saying the time was ripe to boost its gold holding, but markets barely moved on the news.
A brittle global economic recovery and precarious debt situations in the United States and Europe have boosted the safe-haven appeal of gold, lifting bullion to a series of record highs in July, as investors and central banks chased prices higher.
The central bank of Asia’s fourth-largest economy said that, with prices hovering near historic highs, gold looked less lucrative as an investment but it was the right time to buy gold because its foreign reserves had risen above $300 billion.
News of the Bank of Korea’s purchase barely moved spot gold which was steady at $1,617.89 an ounce by 2236 GMT, but analysts said it was supportive of prices. Gold hit a record high of $1,632.30 on Friday.
“Any news about central banks buying gold reassures consumers and other major players who are already looking at gold as an investment,” said Jeffrey Pritchard, analyst at California-based commodities futures and options brokerage Altavest Worldwide Trading
The Bank of Korea said in a statement its latest gold purchase was valued at $1.24 billion. It did not say whether it had bought gold bullion or funds.
At 25 tonnes of gold, equivalent to 803,769 ounces, the average price paid comes to $1,543 an ounce, based on Reuters calculations.
A Bank of Korea official said it was the bank’s first gold purchase since at least the 1997-1998 Asian financial crisis.
“South Korea’s central bank seems a little late to the party, but gold investors should continue to expect price support as central bankers around the world are underinvested in the yellow stuff,” said Sean McGillivray, head of asset allocation at Great Pacific Wealth Management.
“Government austerity and a return to normalized monetary policy will be the game changer for the gold bull market. Investors and central bankers are looking to protect purchasing power, but diversifying into the currency of last resort, gold.”
The latest purchase lifted the central bank’s gold holding to 39.4 tonnes. The BoK said the increased gold holding would put it in 45th position in the World Gold Council’s list of central banks holding gold, up from 56th previously.
Komen geng916:
hmmm…macam peristiwa 2009 dimana china dan india membeli emas secara besar-besaran…menyebabkan harga emas naik 50%.adakah akan berlaku lagi?
nampaknya emas sudah menjadi perhatian sebagai jaminan diatas kekayaan sesuatu negara…jadi kenapa kita belum melabur lagi?
jadi buatlah keputusan yg bijak…setakatnie…saudagar tak pernah dengar orang kata menyesal beli….yang ada MENYESAL TAK BELI AWAL-AWAL…..emas saban hari naik harga..
jika anda berminat boleh hubungi SAUDAGAR-0127667792..tiada masalah nak beli atau nak jual kembali…

Sabtu, 30 Julai 2011

Produk Baru Public i-Jewellery

Alhamdulillah, Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery (Islamic Jewellery) yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.


Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.
Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di bahagian kanan  blog ini di bawah harga Gold Bar.
Sesiapa yang nak menyandarkan wangnya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu, jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi! Produk ini istimewa buat 'kaki-kaki' Ar-Rahnu,hehe...

Lonjakan Harga Emas – Peminat emas tersenyum lebar..

Assalamualaikum,

Lame sgt rase dah x buat posting..Buat pengetahuan rakan2 Saudagar Emas sekalian,KPMJ (KOOP PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR) kini telah dibuka di KLUANG,JALAN DATO' HASSAN..Pinjaman maksimum 65%, RM25000.Bagi mereka yang ada keperluan utk berurusan Ar-Rahnu menggunakan GoldBar & Dinar, ini adalan 1 kelegaan sementara menantikan ArRahnu AgroBank on semula perkhidmatannya..

Baiklah,sedar atau tidak,sejak minggu lepas, harga emas terus melonjak mencecah USD1600 per auns. Sekali lagi rekod telah dipecahkan!! Seperti tidak pecaya kan?? Baru saja 4 minggu lepas harga emas berlegar2 dibawah paras USD1500/Oz tapi hari ini, harga emas tersebut telah mencatatkan rekod dunia :)
Jom kita tengok Analisis Harga Emas Terkini!
Ok, jika kita lihat pada graf tersebut, sebenarnya harga emas telah melonjak melebihi 1600 US Dollar per auns..!! Cuma masa saya dapat graf ni harga emas sedikit jatuh sekitar 1599 US Dollar per auns..
Bagi mereka yang mungkin terlihat harga emas pada awal bulan Julai, sebenarnya harga emas pada waktu itu agak rendah!!
Bagi mereka yang mendengar nasihat saya ketika itu, iaitu beli saja emas pada ketika itu, mereka mungkin boleh mengukir senyuman pada waktu ini..hihihi termasuk la saya..sebab ade duit lebih sket masa tu, saya beli je emas,dinar je.. :)
nak tengok harga time tu?
ok jom kita tengok…
Ok, cakap dalam dollar2 ni mungkin pening kepala sket..jom kita tengok harga emas dalam Ringgit Malaysia (RM). Kita tengok harga emas terkini Public Gold.
Harga Public Gold
Public Dinar
0k,sebelum tu saya nak minta maaf, sebab tak rekodkan harga pada 1 hb Julai tu..tapi seingat saya, harga emas 1 dinar yang terendah pada ketika itu adalah RM673.00 Saya harap jika ada dealer atau customer2 lain yang ade merekodkan harga emas pada ketika itu harap dapat kita kongsikan bersama disini.
Ok, apa yang saya nak cakap kat sini, perbezaan harga emas PG Sell dan PG Buy (harga kita beli emas tolak harga kita nak jual balik emas)  adalah 6%..jadi, jika kenaikkan emas telah mencecah 6%, ini bermakna, kita sebenarnya telah berada dalam keaadaan yang baik. Tak rugi tak untung lagi..tu baru 2 minggu kan?? Kalau setahun??? ok jom tengok harga emas setahun.
Nampak kan?? Harga emas untuk 1tahun?? Kenaikkan sehingga 25%!! Alhamdulillah..Syukur..Jadi, saya rasa anda jangan la tunggu lagi sampai harga emas naikk dan terus naik…mula la menyimpan sekarang..
Dah la emas kalis inflasi, lepas tu lagi lama simpan lagi menguntungkan!! Simpan la sedikit..mulakan menyimpan emas kecik2 contohnye 1 dinar..ok?? Saya bukan memaksa untuk anda beli emas tapi sekadar nak beri kesedaran untuk anda menyimpan emas yang dikatakan sebagai penyimpan nilai yang baik.Ok..bye..

Isnin, 30 Mei 2011

TAHNIAH & SYABAS..

Harga emas terus melonjak naik pada bulan JUN 2011 ini dan saya yakin semua pembeli emas dan dealer emas Public Gold semakin  melebar senyumannya kerana telah bertindak bijak dan pantas beli emas dan menyimpan emas ataupun yang dah bertindak pantas menjadi dealer emas Public Gold bersama saya.

Saya juga ingin merakam ucapan TAHNIAH dan SYABAS,PN. NORASIKIN BT. MOKTAR dari SABAH,yang menjadi rakan niaga kepada saudagaremas pada 31/05/2011.

Kenaikan harga emas ini bagi saya, sudah saya jangkakan dan ia menepati jangkaan yang telah dibuat oleh pakar - pakar dalam dunia perniagaan emas ini.

Oleh itu bagi anda yang masih belum lagi membeli dan menyimpan emas, bertindak segera miliki emas pertama anda.

Saya jangkakan harga emas akan melonjak kepada RM2++/gram pada akhir tahun ini..







Jumaat, 13 Mei 2011

Komen Dato’ Salleh Majid. Mantan CEO BSKL Tentang Emas.




MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.
Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika. Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).
Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas. Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita. Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah. DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Khamis, 14 April 2011

Harga EMAS MELAMBUNG!! - BERITA KOSMO 14 APRIL 2011 (Khamis)

Emas kini menjadi komoditi yang semakin mahal nilainya apabila ada firma penyelidikan antarabangsa meramalkan harga logam itu akan meningkat sehingga 13 peratus untuk mencecah RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini, iaitu harga termahal dalam sejarah dunia.


Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi pada RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi, kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat. 


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

SELAMAT MELABUR EMAS 
BERSAMA
haffiz-saudagaremas.blogspot.com

Jumaat, 1 April 2011

HARGA EMAS 2011

Salam perpaduan..

Ramai yang bertanya.."senyap blog & biz EMAS tuan skrg..?"maaf, saya sbuk sikit kebelakanganni dgn tugas rasmi, CC & kebun k/sawit yang saudagar baru beli bulan lepas..Dan setelah segalanya kini terurus..Saudagar bersedia untuk mula kembali..

Harini Saudagar ingin berkongsi pengalaman realiti emas 2010 untuk renungan & harapan EMAS 2011..

KERATAN AKHBAR - HARGA EMAS

Pada tahun 2010 harga dijangka USD1300 tp naik sampai USD1423

( klik gambar utk besarkan)

Keratan akhbar ni saya simpan kerana menurut  akhbar tersebut harga tahun 2010 harga emas akan capai pada USD1,300/oz dan akhirnya emas naik ke paras tertinggi USD1423/oz.



dan cuba perhatikan akhbar terbaru tahun ini dimana harga dijangka USD1500/oz  hehehe


kalau berdasarkan akhbar ini harga emas akan capai sehingga USD1500/oz ..so kita tunggu tahun 2011 ini kemana arah pergerakan harga.. mungkin cecah USD1600/oz? tungguu......

Untuk pengetahuan pembaca harga semasa sekarang ialah USD1369/oz..so berdasarkan graf ..harga tertinggi USD1423 - USD1369 = USD54 dah jatuh 3.9% ok dah tu utk mula beli emas..so bila dah cecah USD1500/oz anda jual la..