Khamis, 14 April 2011

Harga EMAS MELAMBUNG!! - BERITA KOSMO 14 APRIL 2011 (Khamis)

Emas kini menjadi komoditi yang semakin mahal nilainya apabila ada firma penyelidikan antarabangsa meramalkan harga logam itu akan meningkat sehingga 13 peratus untuk mencecah RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini, iaitu harga termahal dalam sejarah dunia.


Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi pada RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi, kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat. 


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

SELAMAT MELABUR EMAS 
BERSAMA
haffiz-saudagaremas.blogspot.com

Jumaat, 1 April 2011

HARGA EMAS 2011

Salam perpaduan..

Ramai yang bertanya.."senyap blog & biz EMAS tuan skrg..?"maaf, saya sbuk sikit kebelakanganni dgn tugas rasmi, CC & kebun k/sawit yang saudagar baru beli bulan lepas..Dan setelah segalanya kini terurus..Saudagar bersedia untuk mula kembali..

Harini Saudagar ingin berkongsi pengalaman realiti emas 2010 untuk renungan & harapan EMAS 2011..

KERATAN AKHBAR - HARGA EMAS

Pada tahun 2010 harga dijangka USD1300 tp naik sampai USD1423

( klik gambar utk besarkan)

Keratan akhbar ni saya simpan kerana menurut  akhbar tersebut harga tahun 2010 harga emas akan capai pada USD1,300/oz dan akhirnya emas naik ke paras tertinggi USD1423/oz.



dan cuba perhatikan akhbar terbaru tahun ini dimana harga dijangka USD1500/oz  hehehe


kalau berdasarkan akhbar ini harga emas akan capai sehingga USD1500/oz ..so kita tunggu tahun 2011 ini kemana arah pergerakan harga.. mungkin cecah USD1600/oz? tungguu......

Untuk pengetahuan pembaca harga semasa sekarang ialah USD1369/oz..so berdasarkan graf ..harga tertinggi USD1423 - USD1369 = USD54 dah jatuh 3.9% ok dah tu utk mula beli emas..so bila dah cecah USD1500/oz anda jual la..