KUASA DINAR

KUASA DINAR DULU & SELAMANYA..

Salah satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang.
Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.
Memang mengkagumkan.
the_golden_constant_coverPerkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″ Karangan Prof. Roy W. Jastram (klik sini)
Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:
“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”
Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:
“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″
petikan
Petikan daripada buku The Golden Constant – mukasurat 189
petikan_belakang
Gambar: Abstrak daripada kulit belakang buku.

Memang untung jika anda menyimpan emas.

Hasil analisis data 447 tahun diatas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
Ini kerana telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
Bagi saya, ini adalah satu sebab yang kukuh mengapa anda perlu membeli dan menyimpan emas.

Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.

dinar_emas
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.
Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi.
Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.
Okie.. fast forward.. ke tahun 2010. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)
Jawapannya.. ya, boleh!
Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.
Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.

Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)

green_acres_farm
Baru-baru ini saya telah mengunjungi Green Acres Farm Sdn Bhd di Dengkil, Selangor.
Mereka merupakan pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan.
Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail.
Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.
abdullah_ismail
En. Abdullah bin Ismail, pemilik Green Acres Farm Sdn. Bhd.
Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham.

kambing_1_dinar
1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati :)
kambing_1dinar
Kambing ini harganya 1 dinar sahaja.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing :)
Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.
 kambing_2ekor_1dinar
Harga anak kambing ini adalah 2 ekor = 1 dinar sahaja

Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar :)

En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.
Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.
Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.
Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Dinar yang diterima oleh beliau.

En. Abdullah menerima semua jenis dinar emas. Tak kiralah dinar emas Public Dinar, Dinar emas Kelantan, Dinar Emas Mariwasa, Dinar Emas Islamic Mint atau apa-apa sahaja dinar yang wujud di Malaysia nie.
Ini kerana beliau tahu dinar emas ini mempunyai piawaian berat dan ketulenan yang sama (4.25 gram emas 22k).
Jadi nilai emasnya tetap sama walaupun berbeza pengeluarnya.
So, tahniah En. Abdullah kerana menerima semua jenis dinar emas :)
dinar_emas_public_dinar
Dinar Emas Public Dinar

dinar_kelantan
Dinar Emas Kelantan

dinar_logam_mulia
Dinar Emas Logam Mulia

islamic_mint 
Dinar Emas Islamic Mint / Dinar Muslim

Ayam kampung dengan harga 1 dirham.

dirhamSelain menjual kambing pada harga 1 dinar, En. Abdullah juga menjual ayam kampung dengan harga 1 dirham.
(Dirham merujuk kepada syiling perak yang beratnya 3 gram dan ketulenannya adalah 999.9)
1400 tahun yang lalu harga seekor ayam di pasar Madinah juga adalah 1 dirham.
Jadi, jika harga seekor  ayam dibayar dengan dirham maka inflasi adalah 0%.
Dengan kata lain, emas dan perak masih mengekalkan kuasa beli yang sama sejak ribuan tahun lamanya.
Memang best.
ayam_kampung
Harga seekor ayam = 1 dirham.

Kesimpulannya:

1.  Selain menjadi pelaburan, emas juga adalah penyimpan nilai yang terunggul.
    Ini kerana emas mampu mengekalkan kuasa beli yang sama untuk ratusan tahun,
    malah boleh menjangkau ribuan tahun. Begitu juga dengan perak.
    Ia turut mengekalkan kuasa membelinya.
2. Emas sangat istimewa. Sejak dahulu hingga sekarang manusia sanggup menerima
    emas sebagai media pertukaran. Tokey kambing tahun 2010 pun sanggup terima.
3. Oleh yang demikian, tindakan membeli dan menyimpan emas boleh dikatakan
     amat bijak terutamanya emas fizikal.
4. Jika anda belum memulakan pelaburan emas, sekarang adalah masa yang terbaik.

    Hubungi : Haffiz-SaudagarEmas (0127667792)

Bagi pemilikan emas yang statisk, secara ringkas Saudagar  buat rumusan pembelian 10 pc 1 dinar diringkas kepada carta yang terlampir di bawah ini:


Sumber produk : Public Dinar keluaran Public Gold

Lihat keuntungan yang Saudagar laburkan untuk pembelian 10pc dinar pada bulan ogos sehingga 18 Disember 2010 selama 4 bulan setengah bermodalkan RM5790.00 telah mendapat tambahan nilai emas sebanyak RM680.00 menjadikan nilai emas kini kepada RM 6470.00.

Ini melibatkan kenaikan harga emas sebanyak 11.74% dan simpanan emas baru masuk 4 bulan setengah. Rasa nak guna wang, kita buat pajakan dan harga emas milik anda tetap naik tanpa terputus mengikut harga pasaran.

Senang kata, memiliki emas kita bukan sahaja mempunyai fizikal emas sahaja, kita juga boleh menjana pendapatan yang lain darinya.

Bukan mahu memperlekehkan simpanan dalam ASB yang paling top sekarang. Katakan simpanan RM5790.00 disimpan dengan keuntungan 15% setahun, kita hanya memperolehi RM868.50(RM5790 X 15%) sahaja setelah disimpan selama 12 bulan. Apa akan berlaku jika wang tunai kita keluarkan dari akaun ASB? Ikatan antara wang dan dividen tahunan akan terputus.

Itu Saudagar andaikan melibatkan dividen dan bonus diterima sebanyak 15% setahun. Tetapi bagaimana pula dengan setakat RM8.5% sahaja? Tentu nilai wang kita hanya RM492.15(RM5790X8.5%).

RENUNG-RENUNGKAN dan hubungi SaudagarEmas (0127667792)
Wassalam..