Sabtu, 30 Julai 2011

Produk Baru Public i-Jewellery

Alhamdulillah, Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery (Islamic Jewellery) yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.


Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.
Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di bahagian kanan  blog ini di bawah harga Gold Bar.
Sesiapa yang nak menyandarkan wangnya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu, jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi! Produk ini istimewa buat 'kaki-kaki' Ar-Rahnu,hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan