Jumaat, 7 Januari 2011

Perbezaan pelaburan E M A S & ASB.

Bila bercakap mengenai pelaburan, ramai yang mempunyai pendapat tersendiri. Ada yang gemar melabur dalam ASB, ada yang suka main saham, Unit Trust, Hartanah, Emas dan lain-lain. Yang terbaik, sebelum kita melabur, kita perlu ada ilmu yang cukup supaya kita boleh merangka dan menilai saluran yang sesuai untuk kita. Bagi meneruskan topik perbincangan  ini, mari kita tengok fahamkan definisi pelaburan dari beberapa perspektif terlebih dahulu.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pelaburan adalah;
Komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.
Dari seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia pelaburan. Beliau berpendapat,
Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. - PemikirKaya.com

Kes ASB : Merujuk jadual di atas nilai dividen dalam 5 tahun terakhir berada pada paras 8.50% - 9.00%
Secaranya mudahnya, sekiranya pada bulan Januari 2008 kita menyimpan RM 50,000
Pada bulan Januari 2009, keuntungan yang kita perolehi bersamaan RM 50,000 x 8.55% = RM 4,275

Jadi, keuntungan ASB hanya boleh dinikmati pada awal tahun berikutnya.

Sumber : www.kitco.com

Kes Emas : Rajah di atas menunjukkan pergerakan harga emas dari bulan Mei 2009 hingga Mei 2010. 
Sebelum itu, untuk pengetahuan 1 ounce = 31.1 grams . Harga terendah pada Mei 2009 adalah sekitar USD 920 dan meningkat sehingga Mei 2010 ke paras USD 1200 per ounce. Peratus kenaikan adalah 30%. Di sini kita dapat lihat bagaimana cepat dan tinggi lonjakan nilai emas dalam masa setahun.

Harga pasaran emas terkini :  916 emas = RM 151/gram

Pelaburan emas tidak perlu menunggu sehingga setahun untuk dapatkan keuntungan. Bila harga emas naik, kita boleh jual atau cagar untuk ditukarkan kepada cash.

"It's better late than never"

Sedikit sebanyak yang aku boleh share pasal ASB & Emas..If ada kekurangan boleh tambah ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan