Isnin, 17 Januari 2011

Kenapa Emas? Kenapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


    Untuk perkongsian serta membuka minda semua orang cek mulakan dengan persoalan "Kenapa Emas" siap buat page khas lagi untuk menjelaskan keajaiban logam emas, dan tidak dilupakan logam perak. Logam emas dan perak memang dah lama jadi matawang orang dulu-dulu. Kalau kita rajin tengok cerita kung fu, mesti pernah tengok "tahil" ketulan emas yang dalam kotak besar. Sewaktu agama Islam, Nabi Muhammad pun menggunakan matawang Rom & Parsi yang dibuat dari perak dan emas. Namun Emas & Perak iaitu yang kita kenal sebagai Dinar & Dirham telah ditetapkan piawaiannya dari segi berat oleh Khalifah Umar al-Khatab r.a.

5 Dinar bersamaan 21.25gram emas berketulenan 916

   Masa berlalu pemimpin silih berganti begitu juga dengan Khalifah memerintah Islam. Penggunaan Dinar & Dirham dihapuskan ketika pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berpusat di Islambol. Matawang kertas Kaima diperkenalkan bagi menggantikan Dinar & Dirham. Sehinggalah kini, wang kertas yang kita pegang hanyalah sekeping kertas, tak percaya cuba bakar duit tu, kalau jadi debu terbukti ianya hanya sekeping kertas yang tidak mempunyai nilai nyata, maksudnya nilai duit kertas tidak disandarkan pada emas ataupun perak. Pendek kata Wang = Kertas, Dinar = Emas.

   Ada jugak yang cakap kat saya, "kalau dah hang kata duit tu tak dak nilai, awat hang guna duit beli emas, awat hang duk guna lagi duit kertas tu, bagi ja kat aku..." Ok, fine... Sebenarnya memang tak ada nilai, nilai apa? Nilai sebenar duit kertas yang kita pegang, simpan, cium tu hanya disandarkan kepada kepercayaan. Kalau nak faham lagi boleh baca di Majalah Solusi isu 4 di bahagian muamalat, artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin ( Blog UZAR).


   Kenapa emas sesuai sebagai penyelamat aset dan digunakan sebagai matawang? Soalan selalu orang tanya kat cek, "Kalau dah beli emas, nak buat apa?" ada jugak yang cakap macam ni "Berapa seketui?" saya jawab "RM600++ la...." orang reply "tu diaaaa..... mahainya!!!" Sudah tentu cek abang, emas memang mahai, kalau nak murah pi balik 10 tahun lepas. Saya bagi satu contoh cukup la untuk tengok kenaikan harga emas dalam masa setahun lebih




   Cukuplah dengan angka, tak yah saya cerita panjang lebar. Dari 5/02/2010 hingga 7/12/2010 anda dah untung 35.2%. Ok jom tengok graf pulak harga emas 5 tahun lepas

Graf naik ke Turun?

    Ok, sekarang paling kurang kita dah ada ilmu mengenai emas. Sekarang cek nak bandingkan dengan wang kertas. Kalau kita simpan wang kertas macam mana pulak? Ingat tak, mak ayah kita mesti cerita " dulu pak hang bawak sekupang (10sen) ja pi sekolah..." ada kan? Dulu 10sen sangat mewah boleh beli nasi lemak, air. Tapi sekarang? Boleh lagi dapat nasi lemak + air? Sekarang nasi lemak pun dah RM1.00 dan duit 10sen dulu pun dah tak ada nilai, cuba try duit 10sen tahun 1960an di kedai. Kalau emas lain, yang 3000 tahun dulu pun orang mau, nilai emas & perak (jangan pinggirkan perak) tidak luput. Kalaulah sistem keewangan sekarang runtuh, nilai matawang kita kira berat emas dan berat perak, BUKANnya nilai yang dicetak pada sekeping kertas. Ok setakat tu saja, nanti saya cerita lain. Jom Simpan Emas!
 
HUBUNGI : HAFFIZ-SAUDAGAREMAS (0127667792)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan