Ahad, 6 Mac 2011

Ramalan Penganalisis Kenaikan Harga Emas 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat emas

Alhamdulillah.. bertemu lagi kita.. sedar tak sedar hampir seminggu lebih dah saya tak update blog saya ni. Bukan apa, sibuk sikit dengan kerja harian dan jadual seminar emas saya. Walau pun begitu, kali ini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang ramalan para penganalisi emas berkaitan dengan harga emas untuk tahun 2011.

Apakah yang dijanjikan oleh emas untuk  tahun 2011 – Elizabeth Kraus – Gold Coin Blogger
Pradeep Unni, penganalisis senior di Richcomm Global Services di Dubai sebagai permulaan tahun ini beliau menjangkakan harga emas akan naik ke $ 1,455 – $ 1,480.

Emas sebagai mata wang Reserve dimana harga emas di dalam euro telah meningkat ke 38% pada tahun 2010 berbanding kenaikan emas dalam dolar sekitar 28%. Dengan keadaan emas diperlakukan hampir seperti mata wang sandaran kedua, menggantikan Euro, dan anda akan mendapatkan keputusan yang lebih baik sekiranya melabur emas melalui Euro.

Oleh kerana emas di negara kita dinilaikan dengan dolar AS,harga emas dijangka mencecah  ke $ 2000/ounce jika dolar AS mengukuh…. Jika dolar AS menunjukkan kelemahan harga emas dijangka meningkat  ke $ 3000/ounce iaitu kenaikan sebanyak 100% berbanding tahun 2010.
Oleh itu bertindaklah menyimpan emas mulai sekarang….Emas adalah pelaburan yang paling selamat untuk tahun 2011.

sumber: http://goldcoinblogger.com/gold-is-promising-for-2011/
p/s :  Bermulalah sekarang kerana setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan