Selasa, 28 Disember 2010

SALAM PERKENALAN :Dinar emas vs duit syiling 'emas'. Sedarkah anda tentang perbezaannya? Nampak serupa tapi sebenarnya tak sama.



DINAR EMAS

               

                                              
SYILING "EMAS"




DINAR EMAS
  1. Nilai kekayaan yang disimpan akan sentiasa unggul dan bertambah
  2. Nilainya akan kekal tanpa boleh dimusnahkan

    SYILING EMAS
  1. Nilai kekayaan yang disimpan akan semakin berkurang

CONTOH:
RM 1 (tahun 1990) = DUIT POKET SEHARI ANAK KE SEKOLAH
Tambang bas :30sen + Mi goreng :50sen + air sirap :20sen

RM 1 (tahun 2000) = Duit poket sehari cuma dapat makan je                                                                 
Mi goreng : rm1 +tambang ? + air sirap ? = ??

RM 1 (tahun 2011) = Duit poket sehari cuma dapat minum je                                                               
air sirap : rm 1 + tambang ? + mi goreng ? = ???????? pikir - pikirlah dgn teliti

Tak mustahil satu hari nanti, duit poket anak sehari sehari mencecah rm50. Nilai duit boleh berkurang mengikut peredaran waktu. RM 1 pada tahun1990 tidak sama nilainya dengan RM 1 pada tahun 2011. Selamat tahun baru 2011.

Ini amatlah bertentangan dengan nilai emas. Pada zaman Rasullullah SAW, seekor kambing boleh dibeli dengan harga 1 dinar dan pada waktu ini seekor kambing masih boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Semasa entry ini ditulis 1 dinar bersamaan RM 661.Walaupun telah berlalu beratus - ratus tahun, nilai 1 dinar tetap unggul.

        2.Nilai syiling 'emas' boleh dimusnahkan pada bila2 masa saje

Diketahui umum, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa, kini wang syiling ini tidak sah digunakan dalam urusniaga di Malaysia. Ini menunjukkan nilai nya boleh di musnahkan pada bila bila masa sahaja. Ini kerana setiap duit yang dikeluarkan tidak bersandarkan kepada sebarang nilai, maka ia boleh dimusnahkan pada bila - bila masa sahaja.

Ini amatlah bertentangan dengan nilai emas yang tidak boleh dimusnahkan. Walaupun dalam bentuk serbuk, ia tetap bernilai dan sentiasa di gilai oleh pencinta emas. Dalam hati sentiasa ada emas.

Wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan