Sabtu, 30 Julai 2011

Produk Baru Public i-Jewellery

Alhamdulillah, Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery (Islamic Jewellery) yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.


Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.
Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di bahagian kanan  blog ini di bawah harga Gold Bar.
Sesiapa yang nak menyandarkan wangnya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu, jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi! Produk ini istimewa buat 'kaki-kaki' Ar-Rahnu,hehe...

Lonjakan Harga Emas – Peminat emas tersenyum lebar..

Assalamualaikum,

Lame sgt rase dah x buat posting..Buat pengetahuan rakan2 Saudagar Emas sekalian,KPMJ (KOOP PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR) kini telah dibuka di KLUANG,JALAN DATO' HASSAN..Pinjaman maksimum 65%, RM25000.Bagi mereka yang ada keperluan utk berurusan Ar-Rahnu menggunakan GoldBar & Dinar, ini adalan 1 kelegaan sementara menantikan ArRahnu AgroBank on semula perkhidmatannya..

Baiklah,sedar atau tidak,sejak minggu lepas, harga emas terus melonjak mencecah USD1600 per auns. Sekali lagi rekod telah dipecahkan!! Seperti tidak pecaya kan?? Baru saja 4 minggu lepas harga emas berlegar2 dibawah paras USD1500/Oz tapi hari ini, harga emas tersebut telah mencatatkan rekod dunia :)
Jom kita tengok Analisis Harga Emas Terkini!
Ok, jika kita lihat pada graf tersebut, sebenarnya harga emas telah melonjak melebihi 1600 US Dollar per auns..!! Cuma masa saya dapat graf ni harga emas sedikit jatuh sekitar 1599 US Dollar per auns..
Bagi mereka yang mungkin terlihat harga emas pada awal bulan Julai, sebenarnya harga emas pada waktu itu agak rendah!!
Bagi mereka yang mendengar nasihat saya ketika itu, iaitu beli saja emas pada ketika itu, mereka mungkin boleh mengukir senyuman pada waktu ini..hihihi termasuk la saya..sebab ade duit lebih sket masa tu, saya beli je emas,dinar je.. :)
nak tengok harga time tu?
ok jom kita tengok…
Ok, cakap dalam dollar2 ni mungkin pening kepala sket..jom kita tengok harga emas dalam Ringgit Malaysia (RM). Kita tengok harga emas terkini Public Gold.
Harga Public Gold
Public Dinar
0k,sebelum tu saya nak minta maaf, sebab tak rekodkan harga pada 1 hb Julai tu..tapi seingat saya, harga emas 1 dinar yang terendah pada ketika itu adalah RM673.00 Saya harap jika ada dealer atau customer2 lain yang ade merekodkan harga emas pada ketika itu harap dapat kita kongsikan bersama disini.
Ok, apa yang saya nak cakap kat sini, perbezaan harga emas PG Sell dan PG Buy (harga kita beli emas tolak harga kita nak jual balik emas)  adalah 6%..jadi, jika kenaikkan emas telah mencecah 6%, ini bermakna, kita sebenarnya telah berada dalam keaadaan yang baik. Tak rugi tak untung lagi..tu baru 2 minggu kan?? Kalau setahun??? ok jom tengok harga emas setahun.
Nampak kan?? Harga emas untuk 1tahun?? Kenaikkan sehingga 25%!! Alhamdulillah..Syukur..Jadi, saya rasa anda jangan la tunggu lagi sampai harga emas naikk dan terus naik…mula la menyimpan sekarang..
Dah la emas kalis inflasi, lepas tu lagi lama simpan lagi menguntungkan!! Simpan la sedikit..mulakan menyimpan emas kecik2 contohnye 1 dinar..ok?? Saya bukan memaksa untuk anda beli emas tapi sekadar nak beri kesedaran untuk anda menyimpan emas yang dikatakan sebagai penyimpan nilai yang baik.Ok..bye..