Ahad, 20 Februari 2011

Positive Debt..Hutang Yang Baik




Ramai org membeli rumah yg mereka diami menggunakan duit pinjaman, dan pinjaman perumahan itu pula dibayr sama ada melalui potongan gaji ataupun di byr sndiri kpd pihak bank.
Pendapatan mereka menyusut disbbkn pinjaman itu, namun mereka tidak kisah asalkan mereka memiliki rumah sndiri walaupn terpaksa mengikat perut, terlalu berjimat (kedekut) dan akhirnya aliran tunai mereka menjadi negatif!!

Mungkin ramai diantara anda yg tidak sedar, bahawa pinjaman spt diatas sbnrnye adalah pinjaman sakit!!
Apa?? membeli rumah yg sentiasa meningkat harganya merugikan kah?
Ramai rakan-rakan yg saya temui tidak dpt membezakan diantara pinjaman sihat dan pinjaman sakit. Saya takrifkan sedikit mengenainya :

1- Pinjaman Sakit – Hutang yg dibuat utk tujuan keperluan peribadi seperti membeli rumah, kenderaan, melangsungkan perkahwinan dan sbgainya, dan hutang tersebut dibyr menggunakn pendapatan aktif (gaji) anda.

2- Pinjaman Sihat – Hutang yg dibuat utk pelbagai tujuan dan hutang tersebut dibyr tanpa menjejaskan pendapatan aktif anda.
Membeli rumah yg anda diami secara berhutang tidak merugikan, tp menyakitkan kewangan anda krn pendptn bulanan anda menjadi susut!!
Tetapi jika anda membeli rumah utk tujuan disewakan, dan membyr semula pinjaman mnggunakn hasil sewaan itu tanpa mengurangkan pendptn aktif anda, itu ialah hutang yg sihat!!
Tidak semua Ahli Perniagaan memulakan perniagaan menggunakan wang simpanan, mostly kesemuanya membuat pinjaman, dan hasil keuntungannya digunakan utk membuat byran semula pinjaman itu.
Jadi jika anda memberikan alasan tidak mampu, tiada modal dan sebagainya, alasan itu sgt tidak relevan.
Anda berani membuat hutang sakit, tetapi takut utk membuat hutang sihat, bermakna anda bermasalah dari segi pengurusan kewangan!!

TAHNIAH !!!!
1. En. Shamsudin Bin Jamaseri (GURU SISWAZAH, BUJANG,013711849)
2. En. Mohd. Tarmizi Bin Bohari (GURU SISWAZAH, BUJANG,0137028633)
3. En. Wan Omar Bin Wan Ismail (GURU SISWAZAH, BUJANG,0179623221)
4. Dr. Maisarah Binti Zainal Abidin (DOKTOR PERGIGIAN KPAH,0172185829)

Anda telah buat pilihan yang TEPAT LAGI BIJAK...Selamat Datang Ke Rangkaian SaudagarEmas 916/999...

Mereka adalah yang telah mendaftar menjadi agen PublicGold di bawah rangkaian SaudagarEmas bulan Feb 2011.."DONT STOP BUYING GOLD"..inilah kata keramat dari En. Shamsudin bila status agennya telah kami sahkan..

para cerdik pandai seperti mereka telah bersama kami....
ANDA BILA LAGI..?

bertindaklah segera sebelum duit CASH anda jadi tidak bermakna lagi....
HUBUNGI : HAFFIZ-SAUDAGAREMAS 012-7667792

Jumaat, 11 Februari 2011

Harga Minyak, Emas Naik Kesan Geopolitik di Mesir.

KETEGANGAN di Mesir yang bermula awal minggu lalu menyaksikan harga dua komoditi utama dunia iaitu minyak mentah dan emas, meningkat dengan ketara susulan tercetus kebimbangan pelabur terhadap kedudukan geopolitik negara itu.
Kontrak minyak mentah bermutu tinggi di pasaran komoditi New York, ‘Light Sweet’ bagi penghantaran Mac naik 74 sen kepada AS$90.09 setong ketika didagangkan pasaran hadapan elektronik Asia petang semalam.
Pada Jumaat lalu, ia melonjak 4.3 peratus kepada AS$89.34 setong.
Peningkatan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan di NYMEX sejak September 2009 sama ada dari segi peratusan mahupun nilai dolar Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, emas pula melonjak mencecah AS$1,340.70 satu auns susulan populariti logam berharga itu di kalangan pelabur ketika berlakunya krisis ekonomi dan politik global.
Emas dianggap sebagai instrumen pelaburan yang selamat dalam melindung nilai pelaburan di tengah-tengah krisis politik di negara Asia Barat.Penganalisis Ekonomi Kanan ANZ bank di Wellington, Sharon Zollner yang dipetik Dow Jones, berkata pelabur semakin bimbang protes penunjuk perasaan di Mesir, yang kini dilaporkan semakin meruncing, berkemungkinan akan melarat ke beberapa negara Asia Barat lain, termasuk Arab Saudi.
“Kebimbangan utama ketika ini adalah kemungkinan protes penunjuk perasaan di Mesir melarat ke Arab Saudi dan jika ia menjadi kenyataan, segala urus niaga termasuk penghantaran minyak akan tergendala,” katanya pada agensi berita itu semalam.
Menurut Joint Oil Data Initiative, iaitu organisasi perangkaan negara pengeluar utama minyak mentah dunia, menyatakan Mesir, negara ke-21 pengeluar minyak terbesar dunia, mengeluarkan kira-kira 673,000 tong minyak sehari.
Namun, yang paling dirisaukan, Mesir adalah hab kepada rangkaian perhubungan pembekalan minyak utama dunia di mana letaknya Terusan Suez dan sebuah saluran paip sepanjang 200 batu yang dikenali sebagai saluran Sumed.
Terusan Suez berfungsi sebagai transit utama kepada semua aktiviti penghantaran minyak dan bahan api dunia yang menghubungkan antara Teluk Parsi ke hemisfera barat, manakala saluran Sumed berfungsi sebagai transit alternatif kepada Terusan Suez.
Perangkaan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS pula menyatakan, kira-kira 1.8 juta tong minyak mentah dan produk bertapis berasaskan minyak mentah lain, dihantar menerusi Terusan Suez pada 2009.
Saluran Sumed pula pada tempoh itu mengangkut sebanyak 1.1 juta tong minyak sehari. – Agensi